top of page

About Us

NOSTALGIA ASLI NEGERI MELAKA

Pes Kuah Berlada Opah Klasik merupakan makanan tradisi melayu daripada air tangan opah dalam bentuk makanan segera yang mudah dimasak untuk dinikmati bersama keluarga.

 

Pes Kuah Berlada Opah Klasik diperbuat daripada ramuan asli. Pes Opah Klasik sesuai untuk dimasak bila bila masa dan boleh disimpan dalam peti ais.

Pes Opah Klasik diusahakan oleh Usahawan Asnaf Majlis Agama Islam Melaka Koperasi Usahawan Asnaf Melaka. Keluaran produk Usahawan Asnaf yang bermutu tinggi iaitu pes kuah berlada ini pastinya dapat menggamit nostalgia.

Sejarah Opah Klasik

Opah Klasik mula diperkenalkan dan ditubuhkan pada tahun 2021. Perjalanan Opah Klasik bermula menjual Pes Kuah Berlada edisi istimewa dan kini mula mengembangkan sayap perniagaan apabila berkolaborasi dengan dua jenama terhebat di Malaysia iaitu Home Flavor and Rizqin Asam Pedas. Kami menjual produk usahawan Asnaf Negeri Melaka untuk memperkenalkan masakan nostalgia turun temurun orang terdahulu negeri Melaka.

 
Kami mula mencipta nama apabila pelanggan suka dan gemar dengan pes kuah berlada yang senang dimasak, mudah dibawa untuk bercuti dan mengambil masa yang singkat untuk setiap hidangan. Pada tahun 2022, Opah Klasik semakin berkembang sehingga berkolaborasi dengan satu lagi jenama iaitu King Pes. 

VISI

  • Memperkembangkan Opah Klasik di seluruh dunia dalam 10 tahun akan datang

MISI

  • Kami berusaha untuk menawarkan pelanggan kami harga serendah mungkin, pilihan terbaik yang tersedia, dan kemudahan yang terbaik

Meet The Team

bottom of page